Saturday, November 28, 2009

~do diagree, do not be disagreeable~

DO DIAGREE, DO NOT BE DISAGREEABLE


Human relations


*treat people as people
*respect individual worth & dignity
*protect other people's rights
*recognise different perceptions
*allow differences,disagreements
*allow others to have a bad day occasionally
*accept responsibility for your own mistakes
*give others the benefit of the doubt
*cooperate rather than compete
*give positive,constructive feedback
*focus on what is right,not who is right
*seek to understand,not to criticise




INCREASED EFFECTIVENESS
REDUCED STRESS

Friday, November 27, 2009

hepi eid adha + ganjaran jujur + rindu maghfirah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, November 26, 2009

..:::Jaga 7 Sunnah Rasul:::..

Mari Amalkan Sunnah Rasul..

Salam seindah langit biru ciptaan Illahi..

Selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad SAW Al Amin,
Para sahabat baginda dan kaum keluarga..
Alhamdulillah, serafak kesyukuran dipanjatkan buat Rabbul 'Izzati..
Atas kurniaNya yang Maha Banyak..
Diriku masih lagi bernyawa dan mampu menulis sepatah dua di laman serba dhoif ini..
Hari ini diriku mahu berkongsi serba sedikit info atau diskusi ilmiah yang diperolehi dari laman sesawang taman2 syurga yang diolah sedikit..
Moga dapat diambil manfaatnya jika ada dan dapat diamalkan serta disebar2kan..
Selamat membaca buat kalian pengunjung laman dhoif ini..


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.


Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


p/s : asif jiddan..sudah lama tidak menulis hasil karya sendiri..jika kalian ada yang marah..maafkan diriku ya..barakallahu fikum..ilalliqa' ma'assalamah..

Saturday, November 21, 2009

~ Perihal Rumput dan Kasih Sayang~

Rumput dan Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!!

Renung-renungkanlah .....



ujian adalah tarbiyah dari Allah...bersabarla...

p/s : saya dapat story nie dari email yg kawan saya bagi..moga sama2 dapat manfaatnya..

Friday, November 13, 2009

mehnah + manis + syurga

Mencari kemanisan dalam kehidupan
Mehnah mendatang terasa terbeban
Bawa hatimu kepada Tuhan
Di sana menanti syurga idaman

~November~ (2)

Salam seindah hari Jumaat..


kita sambung cerita ye..
ermm..baru2 ni kat kolej gempar dengan isu kenaikan yuran..
semua sibuk mencari siapa yang betul siapa yang salah..
"comfort zone" yang amat sinonim dengan manusiawi kolej ni terlerai sudah..
ramai pihak terbuka biji mata..
saya menyebelahi yang mana???
ada yang bertanya..
kelihatan saya seolah2 tak tahu apa2..
saya lebih senang memerhati..
di samping ada benda lain lagi yang menyesak otak saya ni..
apa yang pasti..
"semua yang berlaku ada hikmahnya"..


hari berganti hari..
masa bergerak sangat pantas..
"demi masa..sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh"
mood belajar saya semakin kurang..
kawan2 ada yang menegur..
mengapa, kenapa..
ada juga yang seakan tidak percaya..
"eleh..tipulah..orang macam awak ni takde mood nak belajar? pelik.."
tergelak saya tapi mereka tak perasan mungkin..
argh..biarlah..


Alhamdulillah..saya dapat tawaran pinjaman Mara..
tanx 2 my mummy..
kawan2 ucap tahniah..pelik juga..
tapi takpelah..
mummy tolong apply kan..huhu..
sorry guna bahasa rojak..
nak marah..marahlah..i don't care..
hope sangat diluluskan..


hari tu jumpa mummy..
mummy pun tak sihat sangat..
bergantung pada ubat..
adik2 yang lain semua ok..
sorang adik saya exam SPM tahun ni..
gud luck uda.. (*_*)


mummy bagitahu berita gembira..
abah dapat tawaran kerja di Qatar..
abah minta doakan segala urusan dimudahkan Allah..
saya sedih dalam gembira..
ermm..mungkin terpaksa ditunda lagi "hari saya"..
abah n mummy bz banget..
saya???.. ='(
i'm speechless..
takpelah..
mungkin Allah bagi saya lagi peluang untuk kumpul ilmu..
belajar lagi dari yang pakar..
insyaAllah masanya pasti tiba..
ermm..betul..
tapi..
tapi..
tapi..
hati ni macam mana???
ilmu tak kan masuk kalau hati ada maksiat..
saya tak mau jadi macam tu..
tak mau..
tak mau..
saya menghafal..
takut susah nak masuk..
ermmmmmmmmmmmmmm...


Ya Rabb..berilah petunjuk dan kekuatan pada diriku ini..
saya pohon kekuatan dari Allah..
saya tak berdaya..
jika ini yang terbaik untuk saya..
saya terima..
='(


ermm..sekadar meluah apa yang terbuku..
walau kalian tak faham..
cukuplah saya je yang faham..
cerita lain pulak ye..


mummy bagitahu kakak saya dapat markah A untuk tesisnya..
Alhamdulillah, tahniah sis..moga itu yang terbaik untukmu.. (*_*)
berkat usaha, doa dan tawakkal..natijahnya pasti yang terbaik dari Allah..


apa lagi cerita dalam bulan November ni???
usrah degree..
ye, masih ada macam sem lepas..
hari tu saya demam n gastrik saya menyerang..
saya dapat cuti @ MC
tak sempat nak mendaftar usrah..
terlewat..
nasib baik ustaz Safwan tak marah..
cuma saya dah tak jadi naqibah..
ustaz tanya kenapa tak mahu jadi naqibah lagi..
huhu..
tak de ape la ustaz..
bagi peluang orang lain..
ramai orang berbakat kat luar sana..


petang ni ada perjumpaan perdana bagi Mentoring..
huhu..
mesti sesak kat PKK tu..
ermm..saya dah dapat agak dah apa yang akan diperkatakan..


kadang2 bila kita dapat sesuatu tu..
ujian ke..dugaan ke..
atau pape je..
rasa cam nak tersenyum je..
mula2 rasa sedih..
tetibe jadi marah..
kadang bertukar suka..
kemudian jadi malu..
dan macam2 lagi la..


huhuhu..
dunia ini hanya pentas lakonan..
hanya sandiwara Allah pada kita..
jika kita berjaya melaluinya dengan tenang dan sabar..
insyaAllah ganjaran syurga akan kita perolehi..
itu pun dengan Rahmat dari Allah..
bagi yang lalai dan alpa..
bersedialah di hari Hisab..


wallahua'lam..~


Ya Allah ampunkan saya, ibu bapa saya, adik beradik saya, keturunan dan kaum kerabat saya, guru2 saya, jiran2 saya, kawan2 saya serta umat Islam diseluruh dunia..baik yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..peliharalah kami daripada azab api neraka dan berilah kami kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat..ameen, ya Rabbal 'alamin..


p/s : diam saya bukan beerti saya tak tahu apa2..

~dakwah vs uji~

Apabila kita diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan.Bersyukurlah kerana ALLAH masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia.